Thursday 25 August 2011

Apa lagi makanan arnab di RabbitryMuza selain pallet??

Salam...just nak share dgn kengkawan.. kalau ada info tambahan.. di alu-alukan tambah kat ruangan komen tu... hmmm pikir2 klu dok bagi pallet arnab ja..tokey balak pun leh bangkrap... kena cari sumber lain gak..selain jimat kos, leh gak jadi makanan tmbhan serta zat2 yg extra untuk geng2 arnab tu... Antara yang ada kat RabbirtyMuza dan mula diberi pada arnab: Pokok Malberry, Pokok Ginseng Jawa, Pokok Misai Kucing, Daun Pisang, Rumput Isreal, Daun Pandan serta Rumput Napier, antara khasiatnya:

1) Malbery - kandungan protein amat tinggi iaitu 21.2% dan boleh diberikan kepada semua jenis ternakan seperti Lembu, Kambing, Rusa, Arnab dll. 

2) Ginseng jawa - dapat menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan.
    - dapat menambahkan susu ibu/arnab betina
    - merawat masalah batin dalaman haiwan (arnab) dan manusia.

3) Misai Kucing - herba yang baik untuk kesihatan secara amnya...bagi ja kat arnab sebab tengok depa suka je makan misai kucing tu...

4) Rumput Israel - mengandungi Crude Protein yang tinggi berbanding rumput- rumput lain
   - boleh juga untuk merawat masalah batin arnab, contoh…
      jika nak kasi arnab subur, sering beranak-pinak..
      kasi jer makan rumput nie

5) Rumput Napier - elok tanam rumput Napier India sebab lagi baguih compared to Napier Taiwan, antara sebabnya:

a) Napier India dua kali ganda lebih baik berbanding Napier Taiwan. Peratus kandungan protein pada daun dan batang Napier India  ialah 20.3% jauh lebih tinggi berbanding Napier Taiwan iaitu hanya 10-13% sahaja. Keputusan ini adalah daripada analisis Makmal MARDI, Serdang. 

b) Perbezaan ketara yang kedua ialah dari segi Hasil per Hektar/Tahun. Napier India lebih baik 5 kali ganda berbanding Napier Taiwan, keputusan daripada analisis yang dikeluarkan oleh JPH, dan Napier Taiwan cuma menghasilkan 20tan/hektar/tahun manakala Napier India mengeluarkan hasil melebihi 100tan/ hektar/tahun.

c) Perbezaan yang ke 3, ialah dari aspek penghasilan mata tunas baru. Bagi Napier Taiwan yang berumur sebulan, kadar pengeluaran mata tunas cuma 2 - 3 mata tunas sahaja, bagi Napier India pengeluaran mata tunas sudah mencecah 4-6 mata tunas baru. Sewaktu berumur 45 hari hingga 2 bulan, pengeluaran mata tunas benih Napier India minimum boleh mencecah 13 mata tunas baru hingga ke 30 mata tunas baru, sedangkan napier taiwan cuma 5 hingga ke 10 mata tunas baru

6) Pisang - daun serta batangnya boleh diberi pada arnab... terbukti memang arnab suka pun bila bagi.. tak caya sila cuba... yang bagusnya pisang mengandungi serat/fiber yang tinggi, juga merupakan kompenan yg penting untuk tumbesaran arnab2.. bertindak sebagai pembekal tenaga serta membantu dalam proses penghadaman

7) Daun pandan - tak syak lagi dan tanpa was-was, ianya menambah nafsu makan... bila bagi arnab makan.. syok tengok dengan bernafsu dan pelahan sekali depa makan sebab aroma dia yang membangkit selera... 

Ce cube layan gambaq2 di bawah ni:

 Pokok Malberry..berbuah kemerahan.. uiii menyelerakan..

  
 Pokok Ginseng Jawa..megar berbunga..

  
 Pokok Misai Kucing..misai berjela-jela da..

arnab2 tengah layan.. menikmati kelazatan, kerangupan & kesegarannya..

    
khusyuk tb ni mkn rumput napier..
sambil bau aromanya yang segar bugar..
ermm lagi la menaikan selera die..huhu

 burrrrrrrrrrrr.....Alhamdulillah kenyang sudah..
smpai montel da bdan ni..hihi

lapo beno ni..smpai berdiri tggu mkn lmbat sangat..
huhu tp comel je tgok die..


 geng NZW tgah menikmati keragupan daun pisang..
nyam..nyammmmm..selera sungguh..

Dicadangkan agar tanam pokok ini bagi memperbanyakkan sumber hijau yang amat perlu ke atas arnab2 kita serta dapat gak mengurangkan penggunaan pelet dan juga kos operasi kita seharian..

13 comments:

  1. Tak tahu yg mulbery tu bagus, sy dah cabut sbb nak buat reban hu..hu..

    ReplyDelete
  2. wow..rugi tu bro...gi cari n tanam balik mulbery tu...rugi tu bro..tapi senang gak nak biak..kerat2 n cucuk ja...klu dah byk lagi bagus..jimat gak kos pallet..contohilah negara China dlm ternak arnab... ni la yang diberi makan sebab sana ada byk ladang mulberi utk buat sutera.. so baru je 10 tahun bela arnab tapi dah jadi antara pengeluar daging arnab utama dunia ... harganya murah sebab kos makan dia rendah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tnya bg dkt arnab daun atau buahnya

      Delete
  3. Alhamdulillah memang saya tanam pokok malberi, ginseng, misai kucing. Rumput israel tak banyak tumbuh kat rumah tapi senang naka cari. daun Ulan pun depa suka.

    Napier je yg tak de. Mana naka cari n nak tanam?

    ReplyDelete
  4. @noor: napier senang ja nak cari...cari batang napier kt orang yg bela kambing..confirm ada..tanam pun senang..cucuk ja batang tu..memang murah..selalu orang jual seruas dalam 5 ke 10 sen ja..selalu org bagi cm tu je...bagus sebab protien dia tinggi n senang tumbuh..bila kerat daun napier pastu dia tumbuh balik...mudah kan...

    ReplyDelete
  5. BG camtu je ke, mksud saya xperlu bsuh n jemur bwah matahari ke,...keliru

    ReplyDelete
  6. Lidah buaya blh x sye potong lh duri tu
    Admin sila balas komen ye

    ReplyDelete
  7. Arnab saya suka makan daun kari. Tak da masalah ka? Bila bau je daun kari, jadi agrasif tak sabo2 nak makan

    ReplyDelete
  8. Daun rerama pun elok untuk arnab.. Sy bagi makan leher arnab yg berkurap sembuh dlm masa 3 hari.. Bulu arnab pun bertambah cantik

    ReplyDelete
  9. Arnab saya makan makanan kambing blh tak???

    ReplyDelete
  10. Tak ada kesan apa2 ka kalau arnab makan daun segar. Tak sakit perut ka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...