Rabbitry pun ada ayam ka?? ayam oh ayam hehe.. selain arnab, ada la juga beberapa jenis ekor ayam yang menjadi penghuni Rabbitry Muza ni.. baru saja jinak-jinak untuk membela... walaupun baru sedikit, tapi bersyukurlah dah ada permulaannya.. semua ayam-ayam ni pun baru nak membesar... ni ada beberapa gambar ayam di Rabbitry Muza untuk dikongsi bersama..
Ayam Silkie Putih..
ingat nanti nak cari Silkie Hitam pula la hehe..
Ayam Silkie vs Ayam Mutiara/Api2
Ayam Piru / Belanda / Turkeys
Ayam kampung kacukan ayam hutan
Ayam jenis ayam hutan ni memang suka dok atas
pokok bertelur pun atas pokok juga huhu..
pokok bertelur pun atas pokok juga huhu..
Yang ada ni hanya lah beberapa ekor sahaja.. kalau di ikutkan angan-angan mat jening dalam kepala ni hehe.. macam-macam lagi nak di tambah kat Jeniang ni.. kalau boleh tu, selain Taman Arnab yang bakal ada ni, nak di ikutkan tu nak jadikan la Jeniang ni Mini Zoo pula huhu.. tapi bukan zoo yang ada gajah ke harimau ke buaya ke uiiiii.. bahaya tu... kalau tu memang tinggi sangat dah angan-angan tu huhu.. cuma nak jadikan Jeniang ni Mini Zoo untuk unggas-unggas, seperti ayam atau burung-burung eksotik, merak ke hihi.... tapi kalau ada kijang ke rusa ke kuda ke baru rasanya lengkap Mini Zoo @ Taman Arnab ni huhu berangan.. tapi angan-angan bukan sebarang angan-angan.. angan-angan kalau di iringi dengan doa dan usaha InsyaAllah Allah makbulkan doa hambanya ini... moga Allah S.W.T memakbulkan dan mempermudahkan segalanya.. Amin Ya Rabbal Alamin..
No comments:
Post a Comment