Friday 26 August 2011

Salam Aidilfitri..

Dengan ingatan tulus ikhlas..RabbitryMuza mengucapkan....

 

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi..
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa..
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata..
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa..
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya...

**Berhati-hatilah memandu ketika pulang beraya ye... ingatlah arnab orang yang tersayang...

Thursday 25 August 2011

Apa lagi makanan arnab di RabbitryMuza selain pallet??

Salam...just nak share dgn kengkawan.. kalau ada info tambahan.. di alu-alukan tambah kat ruangan komen tu... hmmm pikir2 klu dok bagi pallet arnab ja..tokey balak pun leh bangkrap... kena cari sumber lain gak..selain jimat kos, leh gak jadi makanan tmbhan serta zat2 yg extra untuk geng2 arnab tu... Antara yang ada kat RabbirtyMuza dan mula diberi pada arnab: Pokok Malberry, Pokok Ginseng Jawa, Pokok Misai Kucing, Daun Pisang, Rumput Isreal, Daun Pandan serta Rumput Napier, antara khasiatnya:

1) Malbery - kandungan protein amat tinggi iaitu 21.2% dan boleh diberikan kepada semua jenis ternakan seperti Lembu, Kambing, Rusa, Arnab dll. 

2) Ginseng jawa - dapat menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan.
    - dapat menambahkan susu ibu/arnab betina
    - merawat masalah batin dalaman haiwan (arnab) dan manusia.

3) Misai Kucing - herba yang baik untuk kesihatan secara amnya...bagi ja kat arnab sebab tengok depa suka je makan misai kucing tu...

4) Rumput Israel - mengandungi Crude Protein yang tinggi berbanding rumput- rumput lain
   - boleh juga untuk merawat masalah batin arnab, contoh…
      jika nak kasi arnab subur, sering beranak-pinak..
      kasi jer makan rumput nie

5) Rumput Napier - elok tanam rumput Napier India sebab lagi baguih compared to Napier Taiwan, antara sebabnya:

a) Napier India dua kali ganda lebih baik berbanding Napier Taiwan. Peratus kandungan protein pada daun dan batang Napier India  ialah 20.3% jauh lebih tinggi berbanding Napier Taiwan iaitu hanya 10-13% sahaja. Keputusan ini adalah daripada analisis Makmal MARDI, Serdang. 

b) Perbezaan ketara yang kedua ialah dari segi Hasil per Hektar/Tahun. Napier India lebih baik 5 kali ganda berbanding Napier Taiwan, keputusan daripada analisis yang dikeluarkan oleh JPH, dan Napier Taiwan cuma menghasilkan 20tan/hektar/tahun manakala Napier India mengeluarkan hasil melebihi 100tan/ hektar/tahun.

c) Perbezaan yang ke 3, ialah dari aspek penghasilan mata tunas baru. Bagi Napier Taiwan yang berumur sebulan, kadar pengeluaran mata tunas cuma 2 - 3 mata tunas sahaja, bagi Napier India pengeluaran mata tunas sudah mencecah 4-6 mata tunas baru. Sewaktu berumur 45 hari hingga 2 bulan, pengeluaran mata tunas benih Napier India minimum boleh mencecah 13 mata tunas baru hingga ke 30 mata tunas baru, sedangkan napier taiwan cuma 5 hingga ke 10 mata tunas baru

6) Pisang - daun serta batangnya boleh diberi pada arnab... terbukti memang arnab suka pun bila bagi.. tak caya sila cuba... yang bagusnya pisang mengandungi serat/fiber yang tinggi, juga merupakan kompenan yg penting untuk tumbesaran arnab2.. bertindak sebagai pembekal tenaga serta membantu dalam proses penghadaman

7) Daun pandan - tak syak lagi dan tanpa was-was, ianya menambah nafsu makan... bila bagi arnab makan.. syok tengok dengan bernafsu dan pelahan sekali depa makan sebab aroma dia yang membangkit selera... 

Ce cube layan gambaq2 di bawah ni:

 Pokok Malberry..berbuah kemerahan.. uiii menyelerakan..

  
 Pokok Ginseng Jawa..megar berbunga..

  
 Pokok Misai Kucing..misai berjela-jela da..

arnab2 tengah layan.. menikmati kelazatan, kerangupan & kesegarannya..

    
khusyuk tb ni mkn rumput napier..
sambil bau aromanya yang segar bugar..
ermm lagi la menaikan selera die..huhu

 burrrrrrrrrrrr.....Alhamdulillah kenyang sudah..
smpai montel da bdan ni..hihi

lapo beno ni..smpai berdiri tggu mkn lmbat sangat..
huhu tp comel je tgok die..


 geng NZW tgah menikmati keragupan daun pisang..
nyam..nyammmmm..selera sungguh..

Dicadangkan agar tanam pokok ini bagi memperbanyakkan sumber hijau yang amat perlu ke atas arnab2 kita serta dapat gak mengurangkan penggunaan pelet dan juga kos operasi kita seharian..

Thursday 18 August 2011

Selain Arnab....apa lagi yang ada ek..??!!

Selain dari arnab2 yang menjadi penghuni utama di RabbitryMuza, ada lagi binatang2 lain yang menjadi kawan2 kepada arnab2 ni... jadi tak la sunyi sangat sebab arnab ni tak leh cakap pun.. gegege... ayam piru, ayam mutiara, ayam silkie serta ayam hutan..

Ayam2 ni dah ada reban, bru je siap renovate reban ni...
dah selesa dah..
Rilek je nampak.. ye la sbb dpt tmpt luas sikit dari sebelum ni
Ayam hutan jantan ... mmg garang dia ni..
bulu putih kt belakang baru nk tumbuh
Ayam hutan teruna ni dah dok training menyabung dah..
ganazzzz ni.. hehehe

Selain dari tu ada 4 ekor kucing sebagai penyeri.... layan gak dgn kucing2 ni...

Bobo - Persian jantan
Oren - mixed persian betina & Puzzy - mixed persian jantan
Miko -  garfield face jantan

Pas tu plak.. mesti la mau ada kicauan burung ... baru masuk 2 ekor burung Tiong... nak latih burung2 ni bercakap untuk menyambut tetamu nanti apabila Taman Arnab Muza dibuka kelak..

Ni la 2 ekor burung Tiong Jambul..
cepat la skit gi sekolah blajar cakap..huhu
 
Ini la dulu yang ada di RabbitryMuza... hajat di hati akan ditambah koleksi binatang2 lain untuk menceriakan lagi Taman Arnab Muza di masa hadapan.. InsyaAllah....

Sunday 14 August 2011

RAMBUTAN PERGI..HUHU...CEMPEDAK MARI..HEHE


Salam sume, di kawasan jajahan RabbitryMuza ni
iaitu di Jeniang, Gurun, Kedah musim rambutan dah kira nyawa2 ikan dah ... seperti telur di hujung tanduk dah .... begitu juga dgn durian.... seakan disisih dan di hujung musim ... maklumla bulan posa, org dah tak pandang dah durian ni hehe ....... sedih rasanya ... tapi yang bestnya diganti dengan musim cempedak ....






kira la ni tengah peak hours la ni musim cempedak.. tambah2 kena cempedak goreng untuk buka posa makan panaih2 .... yes.. dgn baunye yg mengancam bila digoreng .... perghhh .... tangkap lelehhhhhh dibuatnya .....




tengok tu ... bila digoreng ... dgn warnanya keemasan serta diiringi dgn aromanya yg teristimewa tu ... dari jauh lagi dah boleh bau dah ...... .terangkat!! mak mertua lalu depan pun dah tak sedar dah...


Bila tengok ni ase mcm tak sabo da nk belasah ... yg menjadi kegemaran saya bila cempedak tersebut digoreng tanpa biji ... maksudnya dibuang dulu bijinya baru digoreng .... cuba try resipi ini ... mudah saja tapi menambahkan lagi kelazatan serta kerangupannya...  selamat menjamu selera serta berbuka posa.... wassalam

Friday 12 August 2011

Selamat tinggal musim rambutan..

Salam semua.. hari ini dah masuk 12 Ramadhan 1432H.. 12 hari dah kita berpuasa, cepat rasanya masa berlalu kan.. musim berganti musim.. sebut pasal musim ni.. musim rambutan pun dah berakhir.. masa mula berbuah hari tu, yang masih putik baru nak masak pun dah belasah masuk perut hehe.. sampai ja pertegahan musim, dah tak larat nak makan la pulak sebab terlalu banyak sampai di sedekahkan dan ada juga di jual kepada peniaga yang datang memborong untuk jual di KL, jauh rambutan ni p kedah sampai ke KL huhu.. banyak juga pokok rambutan yang ada ni, lebih kurang 10 pokok.. memandang kan tanah Jeniang ni tanah kebun, ada la juga beberapa pokok buah-buahan yang lain selain rambutan ni.. tapi buah rambutan jugalah tetap menjadi pujaan hatiku hihihi..


 

Alhamdulillah semuanya berbuah, berkemerah je atas pokok, memang puas la tahun ni rasanya dapat menikmati rambutan pokok sendiri hehe...  

 

Bersyukur la rezeki tahun ni.. moga tahun depan pokok-pokok ni membuahkan hasilnya lagi.. kalau tahun depan semua pokok berbuah dengan banyak macam tahun ni, ingat nak Tin kan la.. boleh buat rambutan dalam Tin dan eksport ke luar negara huhuhu...

**Kalau la rambutan ni arnab boleh makan... lagi-lagi berkhasiat
     untuk die,boleh menambah tenaga dan mempercepatkan
     tumbesaran
die...uiiiii dah lama bagi arnab makan bayak2..
     cepat sikit membesar hehehehe...
 
     

Monday 8 August 2011

Ayam Oh Ayam

Rabbitry pun ada ayam ka?? ayam oh ayam hehe.. selain arnab, ada la juga beberapa jenis ekor ayam yang menjadi penghuni Rabbitry Muza ni.. baru saja jinak-jinak untuk membela... walaupun baru sedikit, tapi bersyukurlah dah ada permulaannya.. semua ayam-ayam ni pun baru nak membesar... ni ada beberapa gambar ayam di Rabbitry Muza  untuk dikongsi bersama..

Ayam Silkie Putih..
ingat nanti nak cari Silkie Hitam pula la hehe..

Ayam Silkie vs Ayam Mutiara/Api2

Ayam Piru / Belanda / Turkeys

Ayam kampung kacukan ayam hutan

Ayam jenis ayam hutan ni memang suka dok atas
pokok bertelur pun atas pokok juga huhu.. 

Yang ada ni hanya lah beberapa ekor sahaja.. kalau di ikutkan angan-angan mat jening dalam kepala ni hehe.. macam-macam lagi nak di tambah kat Jeniang ni.. kalau boleh tu, selain Taman Arnab yang bakal ada ni, nak di ikutkan tu nak jadikan la Jeniang ni Mini Zoo pula huhu.. tapi bukan zoo yang ada gajah ke harimau ke buaya ke uiiiii.. bahaya tu... kalau tu memang tinggi sangat dah angan-angan tu huhu.. cuma nak jadikan Jeniang ni Mini Zoo untuk unggas-unggas, seperti ayam atau burung-burung eksotik, merak ke hihi.... tapi kalau ada kijang ke rusa ke kuda ke baru rasanya lengkap Mini Zoo @ Taman Arnab ni huhu berangan.. tapi angan-angan bukan sebarang angan-angan.. angan-angan kalau di iringi dengan doa dan usaha InsyaAllah Allah makbulkan doa hambanya ini... moga Allah S.W.T memakbulkan dan mempermudahkan segalanya.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Friday 5 August 2011

Kegersangan..

Salam 1 Malaysia....hari ni dah 5 hari kita berpuasa, tapi puasa tahun ni rasanya mencabar sikit sebab puasa dalam keadaan cuaca panas terik, dahaganya rasa.. cuaca di Jeniang ni tersangatlah panasnya hinggakan air sungai/parit sebelah kandang arnab yang selama ni mengalir kini sudah kegersangan hehe..kering kontang jadinya..kolam ikan pun hampir-hampir kering, daun-daun berguguran, polok-pokok semaian yang baru ditanam pun hampir kelayuan, kalau hari-hari tak di siramkan boleh mati kekeringan la jawabnya...

parit ala-ala sungai ni ada la juga airnya..tapi parit ni
akan di perluaskan menjadi sungai huhu coming soon..


tapi yang ni terus kering kontang jadinya..

Walau keadaan cuaca panas macam mana pun, puasa tetap puasa, kerja tetap kerja, hidup perlu diteruskan juga huhu.. banyak kerja yang perlu di lakukan setelah berpindah ke tempat baru ni, nak siapkan kandang baru arnab yang tergendala tu, makan minum arnab-arnab, nak menguruskan tempat baru arnab yang belum terurus tu... ermmm penat-penat.. lebih memenatkan lagi ada pulak beberapa kematian anak-anak arnab akibat kemarau ni.. kecewa sangat rasanya.. lebih mengecewakan lagi, arnab-arnab yang dah besar pun tak dapat di selamatkan juga, mungkin arnab-arnab ni tak tahan dengan keadaan cuaca yang terlalu panas, kesian stress la tu.. ni semua dugaan yang harus di tempuhi.. cobaannn...


Wednesday 3 August 2011

Kelahiran di bulan Ramadhan

 

Selamat berpuasa kepada semua umat islam..sama-sama lah 
kita beramal di bulan yang penuh keberkatan ini..

Alhamdulillah..dengan keberkatan ramadhan yang mulia ini, kelahiran yang di nanti-nantikan telah tiba..5 ekor ibu arnab selamat bersalin..
 
               Ibu Chekered Giant                         anak die 9 ekor, 
                                                                        harap2 semua ok la
                                                                        (d.o.b 01/08/2011)

            Ibu Chekered Giant                             semua 5 ekor 
                                                                     (d.o.b 01/08/2011)

 ni anak2 NZW, semua ada 4 ekor, 
moga2 semua sihat2 belaka la..(d.o.b 01/08/2011)

anak TB ni lahir malam ramadhan, asal 2 ekor, 
tapi dah mati sekor,tinggal la sekor je..moga 
ibu die pandai susu dan jaga anak tunggal 
die ni..(01/08/2011)

yang ni anak2 arnab pedaging,lahir pada malam ramadhan,
anaknye semua lahir 8 ekor,tetapi apakan daya..lagi 2 ekor 
xdapat bertahan utuk hidup..tinggal la 6 ekor ni,tapi ok la 
semua yang tinggal ni semua bulat2 belaka, kecuali sekor
tu macam kurang susu je..tp harap sangat semua ni 
ok la..huhu ( d.o.b 01/08/2011)
 
yang ni lak bukan kelahiran ramadhan tapi saja 
nak update hehe.. ni ank lop lahir pada 
(20/07/2011) sekarang dah 13 hari dah..
 
Walau ada juga anak yang tak dapat diselamatkan,mati.....tetapi harap-harap semua anak-anak yang ada ni sihat-sihat dan cepat membesar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...