Friday 14 October 2011

Kehijauan & Kesegaran Titisan Embun Pagi..

Assalam... kesegaran titisan embun pagi...sungguh menyamankan nak2 kalau di kelilingi tumbuhan hijau lagi la segar bugar jadinya.. tumbuhan hijau ni sangat2 penting dalam kehidupan sebabnya dapat membekalkan kita oksigen.. Oksigen ni kan merupakan gas yang dibebaskan oleh tumbuhan ketika proses fotosintesis, dan diperlukan untuk hidupan trutamanya haiwan untuk pernafasan... cehhh cam ahli sains tak brtauliah lak asenya ni huhuhu.. sebenarnya message utamanya nak kempen pada semua supaya hijaukan lah bumi kita.. tanam dan jaga tumbuhan hujau ni elok2 sebab banyak menafaat untuk kita dan haiwan terutamanya arnab2 kita... sebut pasai tumbuhan hijau ni kat RabbitryMuza pun ada gak la tumbuhan yg di tanam, selain menyerikan, menyamankan, menyegarkan tumbuhan yang di tanam gak ada membuahkan hasilnya.. boleh la makan sambil2 menghirup udara segar hehehe..

    
  Limau Bali yang manis...
sedap ooo cicah dengan kuah rojak mak bee hehe

Limau ni buat air atau minum dgan teh 'O' ais pun sodap..

     
   Buah Mata Kucing..my favorite ni..

 
Buluh Madu.. tanaman penyeri..

Selain tumbuhan untuk manusia.. di RabbitryMuza juga ada menanam tumbuhan hijau khas untuk santapan arnab2 ni.. seperti Malbery, Ginseng  jawa, Misai Kucing, Rumput Israel, Rumput Napier, Pisang & Daun pandan.. seperti entry terdahulu 'Apa lagi makanan arnab di RabbitryMuza selain pallet??' selain khasiat dan kesegaran yang terjamin untuk arnab2, tumbuhan ni gak dapat mnjimat kan kos pallet.. kira tiga dalam satu la, khasiat, segar dan jimat hehehe.. Oleh itu tanam lah tanaman hijau ni sebab berguna pada kita dan pada haiwan peliharaan kita.. kalau kat kampung tu memang la boleh kan.. tapi kalau kat bandar tu tempat agak terhad.. tapi takpa la menafaat kan  ruang yang ada tu.. Kehidupan di kampung ternyata lah lebih selesa, suasananya yang nyaman, bagun pagi ja leh tgok kehijauan tumbuhan dan dapat mnhirup udara segar... berbanding idup di bandar dulu huhuhu... apa2 pun di mana anda berada sekali pun ingatlah... hijaukan lah bumi kita, agar alam sekitar kita sentiasa nyaman dan segar tanpa pncemaran, kita sebagai hamba ciptaan Nya harus bersyukur dengan kurniaan yang trindah dan tak ternilai ni..  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...