Saturday, 23 July 2011

Daging arnab memang terbaiklah..

Terdapat pelbagai fakta menarik mengenai arnab, melalui buku keluaran MARDI pada 1995 iaitu Penternakan Arnab, antaranya.. daging arnab mengandungi:-

Tenaga = 160kcal; Crude Protein = 18%

Lemak  = 7.1%; Air = 71%136mg/100gm
vitamin dan juga mineral lain.

Daging arnab mampu merawat pelbagai jenis komplikasi,seperti:-
  • masalah pencernaan, daging arnab mudah dihadam
  • tekanan darah tinggi dan gout
  • demam malaria
  • penyakit asma
  • kencing tidak lawas
  • dapat mengemaskan perut

Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga, memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Ia juga berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki dan hempedunya baik di makan oleh wanita untuk kesuburan...kepada kaum adam makan selalu pun ok,anda akan bertambah gagah dan perkasa,sama macam anda menikmati secawan tongkat ali huhu...kaum hawa pula jangan risau kalau makan banyak-banyak pun berat badan anda tetap sama je hehe...

goreng pun sodap ni..hehe

Anda pernah cuba daging arnab? Kalau belum..baik anda cuba jangan tak cuba, memang tersangatlah sedap daging arnab ni tau.. bagi anda yang ragu-ragu, daging arnab ini HALAL untuk di makan, buktinya...

Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim bersama (متّفق عليه) daripada sahabat Anas Radhiallahu ‘anhu telah berkata: “Kami telah menggempur seekor amab ditempat Marr Al-Zhahran (dekat Makkah) dan saya tangkap akan dia dan saya bawa akannya kepada sahabat Thalhah dan ia sembelih akannya, kemudian ia kirimkan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan warâ’ arnab itu (daging yang ada di atas-atas dari paha) dan dua pahanya, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menerima keduanya (yakni dari arnab yang telah dimasak itu)”. Dari hadis yang shahîh yang tersebut di atas dan dari kata Al-Imam Al-Nawawi dalam Al-Îdhâh, maka binatang yang bernama arnab pada kalangan orang Melayu adalah nyata arnab itu binatang halal dimakan oleh umat Islam..

Tersebut dalam kitab Mathla’ Al-Badrain oleh Al-‘Allâmah Al-Syeikh Muhammad Ismail Daud Fathani dalam Kitab Makanan: “Binatang daratan yang halal setengah daripadanya: Unta, lembu, dan arnab iaitu binatang yang diketahui oleh ramai pendek dua tangannya dan panjang dua kakinya.” Ini setengah-setengah dalil menunjukkan binatang arnab halal dimakan dagingnya dan halal menjualnya dan halal membelinya.


Adalah kerana orang-orang Melayu jarang makan arnab itu, maka arnab adalah ganjil pada selera orang Melayu.Jika ada kegemaran pada penternak arnab,dan ada menjadi suatu mata pencarian hidup pada arnab itu, maka sayugialah orang-orang Melayu mengambil peranan mengedarkan arnab itu kepada ramai supaya menjadi suatu hidangan kepada golongan orang Melayu..
Jadi carilah pembekal yang menggunkan cara sembelihan yang sah disisi syarak.

Ada juga yang meletakkan arnab ini seperti kucing dengan mengatakan arnab dan kucing ialah spesis kerana berbulu dan comel sangat.. Tetapi perlu diingat disini ye.. arnab tidak mempunyai taring seperti kucing dan pemakanan mereka juga sangat berbeza, arnab hanya makan sayuran, buah-buahan dan pellet..

 

Oleh itu mari lah sama-sama kita buat satey arnab huhu..


ermmm....sdapnyeee

tapi ingat..yang spesis pedaging je tau..yang jenis pets ni kita jadikan haiwan peliharaan, selain comel arnab ni cerdik senang nak train sesuai sangat lah jadi teman tapi mesra manusia huhu..

sumber : internet 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...